'

Saturday 26 November 2011

Terima kasih...

Hujan tak henti2 turun, dah berapa minggu dah cuaca ni berterusan, reban kat belakang rumah kampung, nak tgk ayam pun susah...

2 hari yg lepas (25/11/11) telah menerima kunjungan Cikgu Din dari Bahau, negeri sembilan yg pulang ke kampung tuk mengambil barang. Beliau meredah hujan pada lewat petang ngan motorsikalnye tuk melawat reban SKGBOY yg tidak seberapa dan yg masih dalam proses pembinaan ni. Sembang2 baru dpt tahu yg cikgu merupakan org lame dalam alam serama ni dan juga pernah menjadi pengadil di beberapa pertandingan ayam serama suatu ketika dahulu...

Sepasang anak A Kampungboy telah di lepaskan dgn harga istimewa disebabkan permintaan cikgu dan minatnya terhadap anak2 tu. Harap2 cikgu berpuas hati ngan ayam yg diambil dan semoga cikgu yg tidak berapa sihat sebelum ni boleh sihat dgn cepat.

Sekarang waktu kerja di tempat kerja dah berubah, cuti pun dah jadi tidak menentu. Peluang tuk keluar pergi jauh pun sudah terhad disebabkan waktu cuti yg siket dan pendek ditambah lagi byk bende yg perlu diselesaikan sekiranya ade cuti...

Terima kasih kepada Serama Cinta Ahbee Tan yg sudi menerima kunjungan saye ke reban beliau 2 minggu yg lepas, byk pengalaman dan nasihat telah diberikan dan dikongsi bersama. Hanya mampu bersua tuk 1 jam disebabkan waktu yg tidak bersesuaian dengan hari kerjanya. Segala pengalaman yg dikongsikanikan akan diingati. Terasyik bersembang sampai x teringat tuk mengambil gambar ayamnye sebagai kenangan.
Sebenarnye pun tak de la seperti yg disebut dalam blognye tuk menjadi breeder, cuma minat sahaja. Betul katenye, klau bukan pasal minat tak de la sanggup nak keluarkan tenaga, duit dan lain2 tuk serama ni serta dedikasi dalam kerja2 pembelaan, penjagaan DLL yg berterusan ni, lagipun mase tuk menampakkan hasil produk pun bukan pendek dan bukannye sekali menetas kan menampakkan hasilnye.
Thanx again Tan

No comments:

Post a Comment