'

Monday 12 March 2012

Lawatan ke Ipoh...

Hujung minggu lepas dpt juga cuti sehari, pergilah berjalan2 kat ipoh, sambil2 tu sempatlah nak lawat reban2 yg dekat kat situ 

Rumah Cikgu Pi Serama Ipoh yg dikunjungi dulu, dah lame dah x jumpa. Reban beliau merupakan reban pertama yg saye pergi tahun lepas selepas ingin berserama lagi selepas 10 tahun. sembang duk sembang berjam juga cite, habis GF kat dalam kete merajuk hehe

Tupai King

Lepas tu ngan lukisan peta tangan oleh Cikgu Pi sampai jugalah saye kat umah Cikgu Syah, Batu Gajah pula, Biase sembang kat Fcbook je, ni kali pertama jumpa. Tapi gaye sembang cam dah lame kenal je. Kat cini sekejap je sempat singgah sal org dalam kete dah bagi warning hehe

Black Stone

Kedua- dua cikgu ni mmg peramah orgnye, bawa sembang mmg seronok, sanggup juga mereka melayan org baru macam saye yg tidak berpengalaman atau berpengetahuan lagi dalam dunia serama ni, mmg rase bertuah dan byk2 berterima kaseh. sembang2 tapi lupa ambik gambo reban / ayam dia org lak, gambo di atas tu pun ambik kat blog dan fcbk dia org. sorry la ya ambik gambar tanpa izin


Sempat gak g Kellie's Castle jugak dalam perjalanan ni...

Serama ni bukan sekadar hobi sahaje, tapi ia telah menjadi perantaraan dalam mengeratkan silaturahim org ramai...

No comments:

Post a Comment